Gunung baling & gunung pulai ~121215-131215

panas lit lit dan sliding terhebat

111215 ~bas yg sesat
··8.30malam sampai di lrt gombak..singgah isya'..<perancangan awal jam 9.30 bas sampai..>
··line up 65org total..satu bas dan 1kereta
··bas belom nampak bayang
··jumpa jebat kebetulan beliau nak ke gunung duri
··11.30malam bas sampai..loading barang dan acri port
··2peserta lewat dan diarah naik kereta
··tayar bergolek..mata pejam

121215 ~gunung pulai, kerengga dan sun bathing
··6.30pagi sampai di petronas baling.

··subuh dan repacking beg depek utk ke gunung pulai..breakfast tapau dari hentian RnR
··gerak ke trail head gunung pulai.



··8.30pagi start naik..trek berbatu dari awal..memanjat sampai ke atas..diserang kerengga seawal trek..sepanjang trek beraduh akibat serangan tentera kecil tersebut.
··batu tajam setiap pejalanan



··10lebih sampai puncak gunung pulai..view subhanallah cantik

··photoshoot bermula..lunch dan sun bathing..hitam mnghelit baq hang


··12tgh hari start turun
··kak dayah cramp banyak kali jugak lepas silap langkah batu puaka
··berhenti di gua..melepas hajat dan berphoto time..


··3ptg sampai bawah dan singgah cari aiskrim..malang kedai pakcik tak jual aiskrim
··singgah kedai makan layan limau ais dan tapau lunch serta sirap limau

··rehat dalam bas sementara menunggu lineup yg lain sampai..decide utk tukar baju di air terjun lata bayu
··4.30ptg..ramai lagi belom sampai..hujan renyai..tukar baju di sekolah utk solat asar trus.
··makan dan sambung tido..tapi seat masih banyak kosong
··7.30malam bas start ke lata bayu.hujan lebat
··8.30malam sampai..setup fly dan masak
··solat isya' sementara tunggu makan
··10.30malam baru boleh makan..kebulor muka sengsorang
··cadang berbbq tapi sebab delay masa turun gunung pulai, dengan hujan maha lebat, bbq jadi breakfast utk esok.
··tolong hazim n geng bakar ikan dan ayam
··1pagi tak tahan..masuk fly dan tido..ntah jam brapa dorang habiskan membakaq

131215 ~gunung baling, acah sunrise dan tanah merah
··4pagi digerakkan oleh pic utk bangun
··bersiap dan amek breakfast masing2
··5.15pagi masih ada lagi yg belom naik bas
··perjalan ke trail head gunung baling amek masa lebih kurang sejam
··cadangnya start naik jam 5.30pagi.subuh di gua kambing
··oleh sebab lineup buat kepala sendiri, subuh dan sunrise di trail head sahaja
··7.15pagi start naik..trek tanah merah, licin sehingga ke gua kambing.
··tggu kak dayah di gua kambing..diescort naz dan wan..<peneman setia kami sejak dari naik gunung pulai..

··lebih kurang jam 9pagi sampai puncak gunung baling..view osem..awan terapung bawah kami

··photoshoot bermula..naik lagi ke puncak tertinggi

··rehat sebentar di kawasan buloh..makan roti
··ke kawan tersorok huruf I utk bal"I"ng..hanya huruf I sahaja ada..view osem.

··start turun.kami berempat..tak sabar nak sliding di trek selepas gua kambing.
··sliding terhebat..jatuh tersungkur brapa kali jangan crita..syokk
··saampai bawah dengan baju yg tak macam baju..glove trus campak dalam tong sampah
··singgah kedai minum air..cari bas tak jumpa..<ingat dorg dah tinggal kami sebab lewat.
··gerak ke arah bas lepas ty kedudukan bas.
··salin baju di masjid
··jam 1lebih gerak ke lata bayu
··lunch..<ada crew yang tak naik..demam, sakit kaki, nak masak utk line up..terbaek
··4ptg gerak keluar dari lata bayu
··jalan jem tak henggat..<sebab cuti panjang agaknya
··singgah makan di RnR simpang pulai..beli burger 2ketul utk k.dayah satu tp k.dayah tak makan..makan nasi ayam jugak..huhu carboloading
··12.30malam sampai di lrt gombak..lrt dah tutup..resah tak tau macam mana nak balik
··k.dayah tumpangkan ke lrt asia jaya <parking kereta di sana..
··sampai rumah jam 1.30pagi
··sendi2 dh mula mengeras..
··esok konfem jalan macam robot

No comments:

Post a Comment