Gunung Yong Yap 01/01/16 ~03/01/16
Sejuk Gedik & sungai berpanjangan
31/12/15 ~pewai sebelum bermula
9.00pm bergerak dari rumah ambil ghazali & aswadi
10.30 gerak dari rumah aswadi. jalan jem sebab ada kemalangan..bersabo je lah.
1.30am sampai di petronas menghala ke cameron highland. re-group dengan team man pahang & abit.
abg man cakap nak singgah masjid lojing jumpa org. so kami folo.
2.50am sampai masjid lojing. kabus tebal, sejuk gedik
3.15am gerak ke sekolah kg raja dari masjid lojing.kabus tebal, penglihatan 5m sahaja.tawakal je..dengan mengantuk + sejuk
3.30am sampai di sekolah kg raja. terus gerak ke surau dan tido.
sejuknya tak henggat.
1/1/16 ~tahun baru, menggedik dalam sejuk
6.00am bangun subuh dan bersiap.lepas habis siap, cari lagi sorang kawan tak jumpa. rupanya beliau tido dalam kereta tak sedaq diri.
7.00am bergerak ke masjid lojing untuk parking kereta di sana.
jumpa banyak geng2 gunung ke trip yong belar dan yybtn
7.30am sarapan pagi.naik powil ke tempat sarapan...depan masjid sahaja..sejuk beku
kami sarapan dengan cergasnya..nasi berlauk & minuman panas.RM24 untuk kami 4 kepala.
9.00am start bergerak ke trail head. singgah balai polis lojing hantar nama.
sampai di trail head -kampung orang asli terus sesi beramah mesra bersama anak2 asli di sana. belanja jajan dan gula2.
10.30am warm up, briefing & bacaan doa
11.00am bergerak melalui trek balak. skali skala berhenti re-group di tgh trek. perjalanan ditemani lagu2 jiwang abg jebat.karok baq hang.
layan trek buluh lepas trek balak.
12.30pm tiba di sungai y. lunch dan solat.
1.30pm gerak ke kem agas.
5.28pm sampai di kem agas. setup fly & khemah.team kami tido khemah. 1 khemah utk 2 org ( k.ct pikul) & 1 khemah 4 org (ghazali pikul)
Abit belanja keropok lekor sebab kami sampai sebelum jam 5.30pm..haha 2 minit je lagi.
semua isi perut masing2 dengan keropok lekor & nescafe.
team lelaki start mandi baru ladies cari port mandi. dari campsite boleh nampak sungai di bawah. ladies ke area sebelah kiri supaya tak diskodeng dorg..hahaha
tapi tak risau...baek2 dorg ni.
7.30pm dinner. makan malam tomyam ayam, sayurkumpul bawah fly, sembang2..tunggu abit habis masak. semua duduk tunggu makanan di sua. lepas makan bagi balik pinggan utk dibasuh.
layanan macam raja.
kami tolong abit basuh pinggan, cawan dan periuk belanga.
9.00pm masa sendiri..sembang2 bawah fly, dan tido
2/1/16 ~Mossy forest & membajak
5.00am alarm bunyi (ketuk periuk pon boleh..)
7.00am sarapan -mee goreng. amek lunch pack (burito & nasi putih ikan kuning)
8.00am warm up & start gerak.
lintas 14 anak sungai..sehingga ke simpang y kecik.
lalu kem sungai jeruk..sampah ditinggalkan oleh group depan.tak prihatin langsung dengan alam.
sampai di lwp. 5 org orang turun utk ambik air..lama gile dorang turun. kesejukan kami tunggu.
rupanya guide tak bagitau yang lwp tu memang jauh.
bila dh berjaya naik je..semua yg turun tu pewai amek air..hayat dapat gelaran abang gebu oleh abit (sebab pewai sampai bukak baju atas trek masa ambik air.
2.15pm sampai puncak. sebelum sampai, dengar bunyi letupan mercun bola group 1st..kaki dh tergedik2 nak berlari ke atas.
abg man cakap kami di puncak tipu. perlu lagi 2 jam untuk ke puncak sebenar..pewai sat...haha,,tapi tu tipu je..kami percaya sebab kami nubis.
ketinggian 2k +..patutla sejuk gedik. even atas trek pon masih sejuk.
3.30pm kami start turun lepas puas bergambar & lunch.
5.50pm sampai camp site. pewai layan sungai..sempat kira2 bilangan sungai sebab tak sabar nak sampai camp.
sempat beraksi trail run masa turun. pakat berlari...pengsan
sampai je trus ambik baju & mandi.. solat & dijamu jemput2 serta biskut tart abit..& air kopi panas.
8.00pm makan malam..sebelum makan sempat sembang dengan semua lineup..bercerita tentang pengalaman trip sebelum ni & trip akan datang.
crew: botak & abg man offer baek punya <sesiapa habiskan G7 dengan group mereka akan dapat 1 trip rare..ermm menarik>
makan malam menu ikan masak cili api & sayur kailan..kali ni abit masak semua pedas2.
ada team cuba hidupkan api..bertukar2 org yg hidupkan..api tetap tak nyala..last2 tido lagi baek
3/1/16 ~sujud syukur
6.00am bangun, sarapan dan mengemas
10.00am lebih kurang start turun
2.30pm sampai kampung orang asli, naik powil ke masjid lojing..mandi solat dan bersiap utk pulang
postmortem di masjid lojing dan berpecah utk pulang ke tempat masing masing.