Gunung Semangkuk Dayhike ~15.10.2016

Pine Tree Hill - Twin Peak - Gunung Semangkuk

view dari puncak twin peak..puncak semangkuk di belakang banjaran-taktau-nama ni

Lineup padu 8 mangkuk: naz, alif, yana, azhar, zamy, syafix, bang sham, liza


dari kiri: alif, azhar, syafix,zamy,liza,bangsham,yana,naz
10pm: LRT Gombak <meeting point lineup kecuali azhar..setup carpool
10.45pm: gerak ke kkb <meeting ke 2 di fazlina maju> <singgah kedai -makan &  tapau breakfast, lunch, dinner..kedai di area LRT Gombak>
12.40am: fazlina maju, kuala kubu bahru
1.30am: azhar sampai & tapau makan & prepare mental nak layan korner.
2.30am: gerak ke fraser hill <azhar carpool ngan bang sham.>
3.30am: Fraser Hill < sejuk gedik..lagi sejuk fraser hill banding dengan cameron highland..>
<singgah balai polis fraser hill tapi takde orang..parking di trailhead & prepare untuk panjat..>

4am: pine tree gate
6am: puncak pine tree hill (1448m)
6.30am: puncak twin peak (1509m)
< rest 1 jam -solat, breakfast, sunrise, tido)..view sunrise lagi osem kalau dari pine tree hill. View sunset osem di twin peak..>
7.30am: dari puncak twin peak
9.30am: kem sungai merah (LWP) -jumpa 2 group besar camping 3h2m
< rest 1 jam -makan & membuang>
10.30am: dari kem sungai merah
11.55am: kem helipad
< rest 50min -tidoo..>
12.45am: dari kem helipad
2.10pm: puncak semangkok
3.40pm: gerak turun dari puncak semangkok
4.45pm: kem helipad <rest 15min>
5.05pm: gerak dari kem helipad
5.45pm: kem sungai merah
9.45pm: puncak twin peak < barai habis!..rest 1jam -tido..>
< lepas puncak twin peak, rest 15-20min setiap sejam berjalan..ahahha..lapaq, pewai..>
2.20am: pine tree gate <alhamdulillah..>

sunrise dari puncak twin peak..terlindung la plak
memanjat batu
Rehat di kem sg. merah..lepak tepi sungai

2.40am: singgah toilet <bersihkan diri, mandi…>
3am: lepak di masjid fraser hill & tidooo..perut lapa tapi semua kedai dah tutup..barai nak g cari kedai jejauh so layan je tido ngan perut kosong..>
5.40am: subuh <pak imam tolong kejutkan..haha>
7am: breakfast di kedai makan sebelah masjid..nasi lemak sedap!
<lepak sembang pasal semalam..pasal fraser hill..pasal trip trip lepas..pasal trip akan datang..> <syafix tak breakfast..tido lebih penting katanya..>
8.30am: gerak ke jam besar di fraser hill..ni highlight fraser hill.tak amek gambaq sini memang tak complete semangkuk korang..ahahaha..>
9am: gerak balik sarang
10.30am: Lrt Gombak
12.30pm: sampai umah!!..terus gone~
                                     
























Gunung Liang 2.0 -2h1m  ~27.08.2016 -28.08.2016

~Trip Pishangggg


Abg kadiaq, jebat, k.ann, nazrin, zamy, intan, che det, hj storm, kwn che det, liza


2am: kumpul di exit tol behrang..banyak jugak group yang masuk liang harini.tido sebentar sebelom bergerak ke kg. dara.

3.30am: bersiap & gerak ke parking trailhead

4.30am: gerak masuk / start trekking. Jumpa 1 group tido di trailhead.

6.45am: lubuk antu. Solat & sarapan

7.30am: gerak ke kem 7e

10.30am: kem 7E…kem kosong. Kami group pertama sampai.patutnya plan ke tumang batak tapi jebat tak confident.

So…kami pishanggggg! Baru kol 10.30 pagi kot. Plan naik puncak petang.nak tengok sunset.

So aktiviti yg ada hanyalah makan dan tido.

3pm: layan Hindustan.tajuk bajrangi baijan..sedih.siapnangis2 semua..ahahaha

Tak jadi naik puncak. Postpone ke esok pagi seawall yg mungkin. Kem 7E time ni dah full dengan hikers pelbagai group. Jiran sebelah dah naik puncak

Sambung aktiviti ber movie, makan dan tido.

Malam aktiviti campfire, gossip2 sket. Tunggu jiran sebelah naik puncak tak turun2.kol 12 am baru dorang sampai kem katanya.

Jam 10malam semua dah ke laut..melayan mimpi masing2


Day 2:

5am: bangun & bersiap ke puncak

6am: subuh & gerak.

7.30am: sampai puncak liang west & liang east 10 minit kemudian. Bergambar & makan

8.15am:gerak turun

9.30am: sampai kem site.

Prepare kemas barang, makan & bersedia gerak turun

12pm: gerak turun.

3pm: sampai parking

Lata Hammer  ~21.05.2016

~Tiruk sampai lebam~


Gebu, Jebat, mira, Tirah, eni, azhar, ila, intan, idris, liza

Perjanjian masuk petang jam 4 pm team petang semua ready berkumpul di petronas bentong. Makan kfc dulu. Terus ke perting valley.gebu, mira, tirah dah lama tunggu.

Team pagi masuk dalam jam 11 pagi jugak untuk cop tempat.

Team petang sesat redah kebun orang sebelum jumpa trek yang betul ke lata hammer.

Perjalanan tidak lebih dari 1 jam trekking. Kami sampai kol 8pm. Pacak fly, hidup api & start bbq

Menu malam ni; nasi goreng, bbq kambing & ayam, brown sos.

Kenyang setup tempat tido masing2.

Lata hammer tak sejuk. Ada yang tido berbumbung langit je. Stargazing la sangat

Day 2:

Bangun dah jam 7 pagi.subuh & prepare sarapan.

Menu; nasi lemak, bihun goreng

Lepas kenyang makan terus tukar baju mandi & grab life jaket masing masing. Masuk air jam 9 am. Jam 2 petang baru keluar..kecut..yang penting best.tiruk sampai lebam.

Masak meggi, cucur bilis, cucur kentang untuk alas perut. Tu pon sebab malas nak masak nasi

Siap2 kemas.kami jadi orang terakhir keluar.
Gunung Yong Yap 01/01/16 ~03/01/16

Sejuk Gedik & sungai berpanjangan


31/12/15 ~pewai sebelum bermula

9.00pm bergerak dari rumah ambil ghazali & aswadi
10.30 gerak dari rumah aswadi. jalan jem sebab ada kemalangan..bersabo je lah.
1.30am sampai di petronas menghala ke cameron highland. re-group dengan team man pahang & abit.
abg man cakap nak singgah masjid lojing jumpa org. so kami folo.
2.50am sampai masjid lojing. kabus tebal, sejuk gedik
3.15am gerak ke sekolah kg raja dari masjid lojing.kabus tebal, penglihatan 5m sahaja.tawakal je..dengan mengantuk + sejuk
3.30am sampai di sekolah kg raja. terus gerak ke surau dan tido.
sejuknya tak henggat.

1/1/16 ~tahun baru, menggedik dalam sejuk

6.00am bangun subuh dan bersiap.lepas habis siap, cari lagi sorang kawan tak jumpa. rupanya beliau tido dalam kereta tak sedaq diri.
7.00am bergerak ke masjid lojing untuk parking kereta di sana.
jumpa banyak geng2 gunung ke trip yong belar dan yybtn



7.30am sarapan pagi.naik powil ke tempat sarapan...depan masjid sahaja..sejuk beku
kami sarapan dengan cergasnya..nasi berlauk & minuman panas.RM24 untuk kami 4 kepala.


9.00am start bergerak ke trail head. singgah balai polis lojing hantar nama.
sampai di trail head -kampung orang asli terus sesi beramah mesra bersama anak2 asli di sana. belanja jajan dan gula2.
10.30am warm up, briefing & bacaan doa
11.00am bergerak melalui trek balak. skali skala berhenti re-group di tgh trek. perjalanan ditemani lagu2 jiwang abg jebat.karok baq hang.
layan trek buluh lepas trek balak.
12.30pm tiba di sungai y. lunch dan solat.
1.30pm gerak ke kem agas.
5.28pm sampai di kem agas. setup fly & khemah.team kami tido khemah. 1 khemah utk 2 org ( k.ct pikul) & 1 khemah 4 org (ghazali pikul)
Abit belanja keropok lekor sebab kami sampai sebelum jam 5.30pm..haha 2 minit je lagi.
semua isi perut masing2 dengan keropok lekor & nescafe.
team lelaki start mandi baru ladies cari port mandi. dari campsite boleh nampak sungai di bawah. ladies ke area sebelah kiri supaya tak diskodeng dorg..hahaha
tapi tak risau...baek2 dorg ni.
7.30pm dinner. makan malam tomyam ayam, sayurkumpul bawah fly, sembang2..tunggu abit habis masak. semua duduk tunggu makanan di sua. lepas makan bagi balik pinggan utk dibasuh.
layanan macam raja.
kami tolong abit basuh pinggan, cawan dan periuk belanga.
9.00pm masa sendiri..sembang2 bawah fly, dan tido

2/1/16 ~Mossy forest & membajak

5.00am alarm bunyi (ketuk periuk pon boleh..)
7.00am sarapan -mee goreng. amek lunch pack (burito & nasi putih ikan kuning)
8.00am warm up & start gerak.
lintas 14 anak sungai..sehingga ke simpang y kecik.
lalu kem sungai jeruk..sampah ditinggalkan oleh group depan.tak prihatin langsung dengan alam.
sampai di lwp. 5 org orang turun utk ambik air..lama gile dorang turun. kesejukan kami tunggu.
rupanya guide tak bagitau yang lwp tu memang jauh.
bila dh berjaya naik je..semua yg turun tu pewai amek air..hayat dapat gelaran abang gebu oleh abit (sebab pewai sampai bukak baju atas trek masa ambik air.
2.15pm sampai puncak. sebelum sampai, dengar bunyi letupan mercun bola group 1st..kaki dh tergedik2 nak berlari ke atas.
abg man cakap kami di puncak tipu. perlu lagi 2 jam untuk ke puncak sebenar..pewai sat...haha,,tapi tu tipu je..kami percaya sebab kami nubis.
ketinggian 2k +..patutla sejuk gedik. even atas trek pon masih sejuk.
3.30pm kami start turun lepas puas bergambar & lunch.
5.50pm sampai camp site. pewai layan sungai..sempat kira2 bilangan sungai sebab tak sabar nak sampai camp.
sempat beraksi trail run masa turun. pakat berlari...pengsan
sampai je trus ambik baju & mandi.. solat & dijamu jemput2 serta biskut tart abit..& air kopi panas.
8.00pm makan malam..sebelum makan sempat sembang dengan semua lineup..bercerita tentang pengalaman trip sebelum ni & trip akan datang.
crew: botak & abg man offer baek punya <sesiapa habiskan G7 dengan group mereka akan dapat 1 trip rare..ermm menarik>
makan malam menu ikan masak cili api & sayur kailan..kali ni abit masak semua pedas2.
ada team cuba hidupkan api..bertukar2 org yg hidupkan..api tetap tak nyala..last2 tido lagi baek

3/1/16 ~sujud syukur

6.00am bangun, sarapan dan mengemas
10.00am lebih kurang start turun
2.30pm sampai kampung orang asli, naik powil ke masjid lojing..mandi solat dan bersiap utk pulang
postmortem di masjid lojing dan berpecah utk pulang ke tempat masing masing.




Nuang
1.0 siri #Meninggey -hanafi, k. liza, ana, wadi, k.ct, Diana, rafi, kwn Diana, abg azam, liza
2.0 siri #balas dendam -k.ct, hafiz, liza
3.0 siri #sweeperterlaju -meor, nazirul, k.baby, k.ct, yan, liza
4.0 siri #the1stview -ghazali, wadi, ila,liza
5.0 siri #duettraining -abg husaini, liza
6.0 siri #powerkrew -jebat, k.ann, zamy, wadi, liza
7.0 siri #ribut -abah, k.ct, ila, nazrinnazirul, liza
8.0 siri #bendamalas -abg hus, maza, wadi, intan, liza
9.0 siri #mistik -gebu,zamy, kamal, liza,wadi,intan
10.0 siri #DivaAA -fadli, miro, mieg, apai, els, liza

Rajah
1.0 #Trans rajah meninggey -mpgv team
2.0 #daypack mintaknyawa -abg ku n team
3.0 #daypack solotertinggal -wadi, din, abu, abg hus
4.0 #daypack lemak terpendam -teambubukmachang, zamy, azhar, abg ayie
5.0 #daypack vipermerescue -team viper, alif


Gunung Irau ~06.08.2016

Terjadi sweeper untuk trip g. irau satu geng ni. geng cekgu2 Pahang.
total semua 14 orang. 7 lelaki dan 7 perempuan.
kami masuk jam 9pagi. sampai puncak jam 1 t hari. keluar ke parking semula jam 5 ptg.
abg fauzi yang bagi job ni. dia jugak la yang arrange powil ke sini.


Gunung Nuang 7.0 ~09.10.2016

~Benda Malasss..



janji dengan abang husaini jumpa di parking nuang jam 7.30am dan gerak naik 8am. jam 7.45 am masih tak Nampak bayang. sama juga dengan yang lain
jam 8am: muncul 1 kereta..wadi & intan.
daftar permit & start trekking jam 8.15am. jumpa kawan hikers sama sama naik gunung rajah daypack...zainol.dia training untuk Colombia xtrail run nanti..jumpa lagi la nanti nampaknya.
harini trekking niat nak training..so bawak pemberat 2kg pasang kat kaki..dia punya pewai..lain macam..#meninggey

8.15am: parking nuang. start trekking . 3 orang (wadi, intan & cik liza)
9.45am: kem lolo. air terjun jernih gilaa...dah give up puncak. memang niat nak sampai lolo sahaja. pewai dia semacam pakai pemberat. padahal 2 kg je pon.mindset je semua tu.
kena paksa ke puncak..bebel2 naik pacat.
10.08am: gerak ke dataran pacat. sambal trekking, sambal bebel..ya allah gedik gila aku rasa.memang jadi benda malas betul kali ni. set nak sampai pacat je.
11.09am: sampai dataran pacat. give up naik puncak. suruh dorang proceed ke puncak berdua je. makan roti canai..meriah gilaa dataran pacat. geng Chinese sambut birthday kat sini)
11.50am: wadi & intan naik puncak. jumpa maza & geng baru sampai pacat. dorang ajak naik puncak. tak Berjaya pujuk.

<makan, tengok gelagat orang, tido..sejuk gedik..bosan..menyesal tak naik puncak!>

1.15pm: bersedia nak turun ke lolo...tiba2 abang husaini sampai pacat..gilaaa! dia jak pergi puncak. mulala rasa serba salah.. so berkira2

"jom abg kalau nak naik puncak sebelum saya berubah fikiran"
akhirnya naik jugak puncak

1.20pm: start naik dari pacat
1.55pm: sampai puncak pengasih
2.15pm: sampai puncak -jumpa wadi & intan atas trek..ingat sempat nak kejar dorg. suruh dorg tunggu di lolo.
jumpa maza & geng di puncak ditemani anjing setia nuang 3 ekor.
2.50pm: abang husaini sampai puncak.rest
3.30pm: turun
4.02pm: dataran pacat..sunyi.....xde orang.
4.45pm: lolo.jumpa wadi & intan dah mereput tunggu ktrg.setia dorang.sambil intan layan movie.
5.25pm: abang husaini & yg lain sampai lolo. berendam, solat, makan
6pm: gerak ke parking
7.15pm sampai parking nuang. intan dah siap tunggu dengan aiskrim roti kat tangan.wehoo..sayanm lebih!
8pm: akak abang van belanja nugget & air sarsi, mandi & gerak g makan
10pm: gerak balik umah masing2
10.40pm: mengantuk gilaaa. dah sampai hicom. benti tido dulu.
12.30pm: gerak balik umah sambung tido..





Gunung Rajah Daypack 1.0 ~240116 ~Lejen & Trip Mintak Nyawa

Last minit trip terjoin group ni hasil invitation daripada abang husaini. time nak gerak ke KKB dapat tahu abang husaini injured & tak dapat join. terkontang kanting sorang sorang tak kenal sesapa..huhu. tapi sebab dah sampai..layan je

Ahli 12 orang: 10 lelaki 2 perempuan

11pm: sampai masjid. jumpa ahli lain. kami 3 orang je ada. abg ku, syafiq &cik liza.
12am: g makan & tapau makan sarapan & lunch. balik masjid kkb & tido. jumpa ahli group ppuan sorg.

6.30am: jumpa ahli yang lain. gerak ke parking pertak.
7.40am: start dari parking pertak.
9.30am: kem bmw
9.40am: lata makau
10.11-11am: dari lata makau ke kem mangkor/ rnr
11.30am: gerak ke puncak dari kem mangkor
2.50pm: puncak. bergambar, makan , rehat & tunggu ahli lain. jumpa dengan group MPGV. dorang trip 3h2m.
4.30pm: turun
6.30pm: kem renoma. berhenti rehat & regroup. hujan. buka fly ground.
9pm: gerak ke kem bmw
9.40pm: sampai kem bmw. rehat & regroup. makan & tido
11pm: gerak ke parking.
12.3am sampai parking. tido & tunggu 2 ahli lain sampai tapi tak kunjung tiba. kami give up & balik. berita ketibaan dorang dapat tahu dari wasap group. dalam 4.30 jugak dorang sampai parking..#meninggey
2.30am: balik ke masjid kkb

total atas trek: 17 jam
masa menunggu: 4 jam

Gunung Rajah Daypack 4.0 ~16/09/16

Semangat Hari Malaysia Yang Membara & Harapan Yang Berbaki



15/09/16
Gerak ke masjid Kuala Kubu Bahru seawal jam 1 pagi.
Sampai masjid jam 2.30 pagi. hantar nama ke balai polis dan tido. sedia menghadapi hari esok.

16/9/16
5.30am: team MieG, Idan, kak mastura, Kak Dira & Mirol sampai. Subuh dan Bersedia
6.45am: gerak ke fazlina maju untuk sarapan pagi & bungkus lunch.
7.45am: gerak ke parking pertak
8.30am: start trekking
10.08am: Kem BMW



10.30am: melawat lata makau & trus gerak ke kem seterusnya

11.15am: kem botol
11.45am: kem renoma & regroup
12.30pm: kem mangkor @ kem rnr. jumpa dengan group abang akak. dorang belanja teh panas. mereka start trekking masuk jam 4am & akan gerak ke puncak jam 1pm
1pm: gerak ke puncak
4pm: regroup & panjat batu ke puncak.

5pm; sampai puncak.
6.45pm: hujan & start trekking turun.
<jumpa dengan geng abahg akak otw turun..mereka stranded sebab badan cramp, lapar, sejuk..gagal ke puncak sebab hujan lebat. tiada baju sejuk, baju hujan & lampu suluh..kami bantu suluh jalan jalan & sweep group abang akak ni..>>
10pm: aku & alif sampai kem mangkor @ kem rnr bersama 2 abang akak. kaim solat, tido & tunggu yg lain sampai..pewai tahap gaban!..abang akak rasa bersalah kot so dorang masak & jamu kami makan.
12am: team yg lain sampai kem mangkor bersama abang akak yg lain..pewai sweep geng ni..bertabah je lah..kami decide utk rehat & tido sebelum teruskan perjalanan.

penting: jangan underestimate gunung rajah. sentiasa bersedia dengan basic equipment (headlamp, sweater, ponco / plastic sampah, air & makanan secukupnya, basic first aid)

1.30am: gerak turun.
2am: kem renoma
3.30am: kem bmw
5am: sampai parking pertak, gerak ke masjid, subuh & tido
8am: gerak balik umah.








Gunung Benum 2H1M ~011016 & 021016

Air Habissssss!!


Last minit trip selepas trip ke tumang batak di batalkan.
 peserta 7 orang: Hazim, As, Lan, Abam, Amir, Burhan & cik liza
janji kumpul di LRT Gombak jam 11 malam. tapi biasala janji melayu..semua kelaut.

12.30am: gerak dari Lrt Gombak. g makan dulu (kedai berdekatan LRT Gombak)
1.45am: selesai makan & gerak untuk tapau makan (sebab nasi habis di kedai kami makan tadi)
2.30am: selesai tapau. kami bungkus untuk sarapan pagi, lunch dan dinner.
2.45am: singgah RNR genting sempah. emergency kes!
4.30am: sampai di masjid di area kampong chalet. tido!

6.30am: bangun, subuh, sarapan dan bersiap
7.30am-8.00am: powil sampai.loading beg masuk powil & gerak. *kos powil rm43*

9.15am: sampai lata berembun. start trekking ke kem dingin.

<memusing jap di awal pemulaan trek sebab GPS pening. banyak kena menebas sebab lama takde orang masuk. trek pacak habis utk sampai ke kem dingin>

Penting: Pikul air secukupnya dari lata berembun utk kegunaan 2 hari di atas. waterpoint tak mengalir & bertakung -tikus banyak

1.15pm: sampai kem dingin. makan tengah hari, setup fly ground & bersedia ke puncak.

3pm: gerak ke puncak benum
<trek naik dan turun. muntah layan puncak tipu banyak gilaa>
                                
7.45pm: sampai puncak. sejuk gedik, angin kuat..rehat sebentar & ambil gambar di Beirut.


9pm: start turun. kami berenti rehat , makan dan tido beberapa kali.
3am: sampai kemsite kem dingin. masak air, masak meggi, setup siapa tido paling tepi.
5am: tido!
7.30am: bangun. sebab orang sebelah bising sangat. cuba untuk tido balik.
8.30am: sediakan sarapan, gossip sembang2 hal semalam

11am: bersedia kemas untuk turun.

12pm: bergambar & trekking turun.
3pm: sampai di lata berembun. masak air, meggi & berendam. sliding di lata berembun untuk perlu cuba.best!

6pm: powil sampai. naik powil & gerak ke parking masjid.
7.00pm: sampai masjid, mandi, solat
8pm: gerak g cari makan. kedai area pecan raub. lembab gila servis. gossip, tukar contact & ig & fb.
10.30pm: gerak balik ke destinasi masing masing
11.30pm: ke TBS hantar Burhan balik kampong
12pm: amir sampai umah
1pm: sampai umah & tido...